Semat Qur'an

flickr facebook twitter digg stumbleupon feed

Projek Penyebaran Hadith Mingguan

  • PDF

Hadith Mingguan yang akan disebarkan ini adalah berkaitan dengan panduan hidup seharian berpandukan dalil daripada al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih. Bahan-bahan yang bersifat provokatif dan gopoh menghukum, kurang mesra kepada makna menerang dan mendidik tidak akan disebarkan.

 

 

Buat permulaan ini, Hadith Mingguan iai akan diterbitkan dalam bahasa Melayu. Manakala penyebarannya dalam bahasa lain akan dipertimbangkan apabila sudah ada kemampuan dan kesediaan kearah itu inshaalLah.

Hadith Mingguan terdiri daripada 8 mukasurat, menggunakan kertas simili putih 80 gsm bersaiz A3 dengan cetakan hitam putih, dilipat dan diikat dengan dua staple pada sisi kiri. Sasaran pengedaran Hadith Mingguan ini ialah sebanyak 10,000 naskah pada setiap minggu.

Harga: Hadith Mingguan ini ditetapkan pada harga RM1.00 senaskah sahaja. Harga yang dibayar ini adalah bagi maksud infaq fi sabililLah di atas semangat ta'awun 'ala al-birr wa al-taqwa bagi menampung kos penerbitan, percetakan dan pengurusan supaya usaha ini dapat disebar meluas dan berterusan.

Hadith Mingguan ini akan diedarkan kepada peserta pada setiap Ahad. Jika hari Ahad itu jatuh pada hari cuti, dimana kelas hadith tidak diadakan, maka pengedarannya dilakukan pada hari Ahad sebelumnya.

Dakwah ini disasarkan pada semua lapisan masyarakat supaya bijaksana menguruskan tanggungjawab dunianya bagi kepentingan akhirat yang kekal abadi. (28:77)

You are here: